UNTUK PENIAGA MAKANAN & MINUMAN

Kedai Anda Boleh Terima
Order Online Hari Ini Juga

Satu link untuk kedai anda. Pelanggan pilih menu, isi alamat, tekan satu butang — order terus masuk WhatsApp anda. Tanpa app. Tanpa komisen.

Kedai Makan Anda

order online • COD • QR

Nasi Lemak Special

RM 6.00

- 2 +
PROMO

Kombo Jimat

RM 9.00

- 1 +
Total Keseluruhan:RM 21.00
Hantar Pesanan ke WhatsApp

Inilah yang pelanggan anda akan nampak

Kenal Tak Situasi Ni?

Setiap hari, masa anda habis layan benda yang sama...

Pelanggan tanya "menu apa ada hari ni? harga berapa?" — anda taip benda sama 20 kali sehari, tangan tengah sibuk masak.

Order masuk bersepah — "nak 2 bungkus" tapi tak bagitahu alamat, tak bagitahu nak bayar macam mana. Kena tanya balik satu-satu.

Nak masuk platform delivery besar? Komisen sampai 25-30% setiap order. Untung nipis terus jadi hampir tiada.

Silap kira total, terlupa satu item dalam order panjang — pelanggan tak puas hati, anda yang rugi.

Penyelesaiannya Sangat Mudah

3 langkah sahaja, dan anda tak perlu pandai IT langsung

1

Kami Setupkan

Bagi kami nama kedai, menu & harga, dan no WhatsApp anda. Kami siapkan semuanya.

2

Anda Dapat Link

Link khas untuk kedai anda. Share di WhatsApp Status, Facebook, TikTok — mana-mana.

3

Order Masuk WhatsApp

Pelanggan order, anda terima mesej lengkap: item, jumlah, alamat, cara bayaran. Terus sediakan.

Apa Yang Anda Dapat

Link Kedai Sendiri

Bukan nombor giliran dalam app orang lain. Ini page kedai ANDA, dengan nama dan banner kedai anda.

Panel Admin Sendiri

Tukar menu, harga, gambar — bila-bila masa, dari telefon. Tak perlu tunggu sesiapa.

COD & QR Pay

Pelanggan pilih tunai semasa terima, atau scan QR DuitNow anda dan bayar dulu. Duit masuk terus akaun anda.

Promo & Free Delivery

Highlight item promo dengan badge istimewa. Set item kombo dengan free delivery untuk naikkan nilai setiap order.

Tutup Kedai Sekelip Mata

Cuti? Habis stok? Satu tekan, page anda papar "kedai tutup sementara". Buka balik bila sedia.

Pelanggan Tak Perlu Install Apa-apa

Bukan app. Pelanggan klik link, terus boleh order. Makcik pakcik pun boleh guna.

Kira Sendiri

Platform Delivery Besar

Jual RM1,000 sebulan, komisen 25%:

-RM250

hilang setiap bulan, makin laris makin banyak hilang

Orderlah

Jual RM1,000 atau RM10,000 sebulan:

Yuran Tetap

0% komisen. Setiap sen jualan, anda punya.

Nota: platform delivery sesuai untuk capai pelanggan baru. Orderlah sesuai untuk pelanggan setia & kawasan anda sendiri — tanpa bagi komisen.

Pelaburan Anda

Lebih murah dari sekali bayar komisen platform delivery

PAKEJ LENGKAP

Setup RM100

RM50 setup sekali

+ RM15/bulan

  • Link kedai khas untuk anda
  • Kami setupkan menu penuh (siap dalam 24 jam)
  • Panel admin urus sendiri
  • COD + QR DuitNow
  • 0% komisen, unlimited order
  • Support WhatsApp terus dengan kami
WhatsApp Kami Sekarang

Tiada kontrak. Berhenti bila-bila masa.

Jangan Percaya Cakap Kami.
Cuba Sendiri.

Ini kedai demo yang berfungsi 100%. Tekan, pilih menu, tengok sendiri macam mana pelanggan anda akan order.

Buka Kedai Demo

Soalan Lazim

Saya tak pandai IT. Susah tak nak guna?

Kami yang setupkan semuanya. Anda cuma perlu bagi menu dan harga. Lepas siap, nak tukar harga pun semudah isi borang — kalau boleh guna WhatsApp, boleh guna sistem ini.

Pelanggan saya kena download app ke?

Tidak. Pelanggan cuma klik link — page terus terbuka dalam browser telefon. Tiada app, tiada daftar akaun, tiada password.

Duit bayaran masuk mana?

Terus kepada anda. COD = pelanggan bayar tunai semasa terima. QR = pelanggan scan QR DuitNow anda sendiri, duit masuk terus akaun bank anda. Kami tak pegang duit anda langsung.

Berapa lama nak siap?

Selalunya dalam 24 jam selepas anda hantar menu lengkap. Ada yang siap hari yang sama.

Boleh tukar menu dan harga sendiri tak?

Boleh, bila-bila masa melalui panel admin anda. Tambah item baru, tukar harga, tanda promo, atau tutup kedai sementara — semua dari telefon anda sendiri.

Saya nak rekod jualan & resit sekali, ada tak?

Untuk rekod jualan penuh, resit, dan dashboard bisnes, kami ada sistem POS lengkap (POSKedai). Boleh mula dengan Orderlah dulu, upgrade bila bisnes makin besar — tanya kami di WhatsApp.

Malam Ini, Bila Pelanggan Tanya
"Menu Apa Ada?"...

...anda cuma perlu hantar satu link. Itu sahaja.

Mula Sekarang — WhatsApp Kami

Balas dalam masa bekerja. Tiada bayaran sehingga anda sahkan setup.